Pages

Wednesday, August 4, 2010

Ibadat Haji

Haji ialah ritual ziarah tahunan terbesar di bumi, satu perjalanan rohani ialah satu rukun keimanan agama Islam. Lebih daripada dua juta umat Islam dari seluruh dunia bertumpu ke Mekah membuat ritual-ritual suci yang melambangkan peristiwa-peristiwa dalam hidup Nabi Ibrahim dan isterinya.

Masjidil Haram
Mengerjakan haji merupakan salah satu daripada Rukun Islam yang lima. Setiap orang Islam yang mempunyai kemampuan, diwajibkan mengerjakan haji sekali seumur hidup. Ritual ibadah haji bermula pada 8 Dzulhijjah ketika umat Islam bermalam di Mina, wukuf (berdiam diri) di Padang Arafah pada 9 Dzulhijjah, dan berakhir setelah melempar jumrah (melempar batu simbolisasi setan) pada 10 Dzulhijjah.

Kaabah

Pada persiapan untuk ritual ini, mereka mengerjakan secara beramai-ramai selama beberapa hari, ada yang membeli anak biri-biri, lembu, kerbau atau unta untuk dikorbankan, dan lelaki memotong rambut mereka (sekurang-kurangnya 3 helai) dalam persediaan untuk perayaan Aidil Adha.

Majlis Qurban Aidil Adha

No comments:

Post a Comment